Mencari pasangan hidup bukan mudah. Pasangan hidup maknanya pasangan untuk hidup bersama. Bukan sekejap. Jika umur panjang mungkin bersama sehingga 50 tahun. Bangun bersama, makan bersama, berbual bersama, tidur bersama. Berkongsi anak, berkongsi rumah, berkongsi rasa, berkongsi kasih.
Maka, mencari pasangan hidup ini memang perkara serius. Serius. Memang serius. Jangan akibat si dia mengurat anda, maka anda terus terpesona dan bersetuju. Jangan semata si dia comel atau glamour, maka anda terus mengambilnya.
Fikir betul-betul. Solat istikharah dan banyakkan berdoa. Selagi belum tenang jiwa, tunggu dulu. Usah tergopoh gapah. Mencari jodoh, perlukan panduan. Perlu ada sandaran ilmu dan petunjuk. Dalam banyak-banyak penulisan saya suka memetik sebahagian dari artikel Ust Hasrizal (Abu Saif) dalam lamannya SaifulIslam.com. Antara yang menarik tulisan berikut:
Hadis Nabi SAW yang diulang-ulang sebagai slogan memanifestasikan keinginan berumahtangga.
Bukan tidak banyak penjelasan tentang hadis ini di pelbagai sumber maklumat yang ada. Tetapi sering anak muda kecundang dalam mengimbangkan kefahamannya dalam konteks TEPAT dan JELAS. Selagi mana tidak tepat, selagi itulah jalannya tersasar ke sana sini. Kehidupan yang tidak ditentukan arahnya, adalah kehidupan yang tidak tentu arah.
Apa Tujuan Berumahtangga?
"Begin with the end in mind", adalah slogan kita untuk menepatkan matlamat kehidupan dan segenap peringkat perjalanannya.
Soal menentukan matlamat yang tepat, tidaklah begitu susah.
Berkahwin kerana harta? Harta bukan sumber bahagia. Donald Trumph yang kaya raya itu pun pernah mengeluh dalam temubualnya bersama John C. Maxwell, "aku melihat ramai orang yang lebih gembira hidupnya dari hidupku. Padaku mereka itulah orang yang berjaya. Tetapi semua orang mahu menjadi aku"
Harta bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana keturunan? Keturunan bukan jaminan sumber bahagia. Syarifah hanya boleh berkahwin dengan Syed? Puteri hanya layak untuk Megat? Atau pantang keturunan berkahwin dengan ahli muzik bak kata Mak Dara?
Soal keturunan bukan penentu mutlak kerana setiap manusia lahir dengan fitrah yang satu dan murni, lantas setiap mukallaf dan mukallafah mampu kembali kepada kemurnian itu, biar pun lahir ke dunia tanpa bapa yang sah sekali pun.
Keturunan bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
Berkahwin kerana kecantikan? Ahh, yang ini rumit barangkali. Cinta itu dari mata turun ke hati. Maka mata pemutus pertama. Jika berkenan di mata, mudahlah mata memujuk hati.
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan? Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa. Kecantikan, biar secantik mana sekali pun, boleh dicabar oleh naluri manusia yang mudah kalah dengan alasan JEMU.
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang selepas cantik dan kacak bergaya itu dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukan matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
"Maka pilihlah yang memiliki agama... nescaya sejahtera hidupmu", pesan Nabi SAW.
Benar sekali, pilihlah yang beragama.
"Maka saya kena kahwin dengan ustazah, saya kena kahwin dengan ustaz!", kata seorang pelajar 'bidang bukan agama'.
Penyakit "Tidak Jelas"
Setelah begitu tepat sekali kita menolak harta, keturunan dan rupa paras sebagai sebab untuk memilih pasangan, tibalah kita kepada masalah paling besar menguruskan fikiran tentang perkahwinan, iaitu penyakit "tidak jelas", apabila tiba kepada soal beragama.
Apakah yang memiliki agama itu mesti seorang yang ustazah atau ustaz?
Maka berkahwin dengan golongan ini, jaminan bahagia. Benarkah begitu?
Di sinilah penting untuk kita bezakan golongan yang TAHU agama, MAHU beragama dan MAMPU dalam beragama.
Soal mendapatkan ilmu sebagai jalan beragama, adalah prinsip besar di dalam Islam. Lihat sahaja langkah pertama proses wahyu, ia bermula dengan perintah BACA sebagai wasilah menggarap pengetahuan.
Tetapi apakah TAHU itu merupakah maksud kita beragama dengan agama Islam ini?
Sejauh mana gred 'A' yang digarap dalam subjek "PengeTAHUan Agama Islam" menjadi bekal dan perisai generasi Muslim dalam beragama?
"Yang memiliki agama" itu lebih luas dari sekadar sempadan tahu agama. Ia adalah soal MAHU yang menjadikan pengetahuan agama itu dihayati, dan MAMPU dalam erti dia sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Maka janganlah disempitkan maksud mencari yang beragama itu hanya pada mereka yang berlabelkan "jenama TAHU agama" tetapi apa yang lebih penting adalah mereka yang MAHU dan terbukti pada perbuatan hariannya dia sentiasa berusaha menuju MAMPU.
Dia mungkin seorang ustazah.
Dia juga mungkin seorang jurutera dan doktor.
Dia mungkin bertudung labuh.
Dia juga mungkin belum bertudung tetapi sentiasa mencari jalan untuk menuju kesempurnaan kebaikan. Dia seorang yang membuka dirinya untuk dibimbing dan diajar. Seorang yang 'teachable".
Hanya 'Beragama'?
Ada pula yang menyangka bahawa kebahagiaan rumahtangga itu terletak pada beragamanya pasangan kita. Soal harta, keturunan dan rupa paras tidak punya sebarang makna.
Maka jadilah seorang perempuan itu fasih lidahnya tentang agama dan rapi pakaiannya sebagai isyarat dia beragama, tetapi dia tidak mengetahui nilai harta. Dia boros dan tidak bijak menguruskan harta rumahtangganya.
Dia nampak elok beragama, malah mungkin seorang pejuang agama, tetapi dia tidak peduli nilai keturunan dan kekeluargaan. Dia tidak menghargai keluarganya sendiri, tidak menghargai keluarga suami atau juga keluarga isteri. Padanya, soal keluarga dan keturunan bukan urusan agama.
Dia bijak dalam memperkatakan tentang agama, tetapi dia menjadikan alasan agama untuk tidak peduli kepada penampilan diri. Pakaiannya selekeh atas nama agama, kulitnya tidak dijaga bersih, beralasankan agama. Jika perempuan, dia tidak peduli untuk mewangikan diri atau bersolek mengemas diri, kerana padanya itu semua bukan kehendak agama, dan si suami menikahinya bukan kerana itu. Saban hari mukanya bertepek dengan bedak sejuk dan tubuhnya bersarung baju kelawar. Hambar..
Jika lelaki, dia biarkan diri selekeh dan sentiasa berkemban di dalam kain pelekat dan baju pagoda, membiarkan bau peluh jantannya tidak berbasuh, kerana semua itu tiada kena mengena dengan agama.
Jadilah agama, sebagai alasan untuk sebuah rumahtangga itu menjadi rumahtangga terhodoh, terburuk dan terselekeh... atas nama berkahwin kerana beragama.
sumber : Iluvislam.com
buluhperindu
Life can only be understood backward But it must be lived forward
Ahlan Wasahlan
Thanks For Visiting My Blog
Monday, October 25, 2010
Tuesday, August 3, 2010
Tinta Buat Sahabat

Tika aku kesepian,
Kau datang membawa kegembiraan,
Tika aku kedukaan,
Kau hadir mengubat jiwa,
Tika aku kegelisahan,
Kau di sisi memberi ketabahan.
Sahabat,
Jika aku lupakan Yang Esa,
Ajaklah aku mengingatiNya,
Jika aku gembira tak terkata,
Sedarkanlah aku dengan amaran-amaranNya,
Jika aku bersedih tanpa bicara,
Pintalah aku agar berserah kepadaNya.
Sahabat,
Kaulah hadiah Allah untukku,
Apa yang aku harapkan,
Adalah ukhuwah yang berkekalan,
Sehingga ke akhir hayat kita.
Ukhuwah fillah abadan abada.

Saturday, July 31, 2010
Larian amal UMP & gotong royong padang futsal sekolah
Pada tanggal 31 Julai hari sabtu,hari minggu yang kebiasaannya kami warga S43 hanya lepak rumah atau keluar outing,melakukan kerja amal disamping merehatkan minda setelah penat pelajar.Jadi hari ini,aku atau housemate panggil awey je,beckham,sam,ajib,in,syahir,daus,azizul,ari dan juga anep menyertai Larian amal Universiti Malaysia Pahang yg dianjurkan oleh kelab pemadam UMP.Tepat jam 9 pagi kami berkumpul di perkarangan blok W,mengenakan sarapan dengan sekeping roti dan seterusnya kami memulakan larian.Walaupun hanya sekitar 3.5 kilometer sahaja trek,larian ini amat bermakna bagi kami kerana bukan sekadar menderma,malah mengeratkan silaturrahim antara kami as The Oranje United dengan peserta-peserta lain.Diharapkan UMP dapat menganjurkan lebih banyak lagi program larian mahupun aktiviti lain untuk mencapai objektif yang tersendiri.

The Band of Brothers

Gembira setelah menamatkan larian amal..yahoo!!

Lompat UMP lompat!!
Setelah penat berlari pada waktu pagi,kami semua telah diundang oleh Dr. Jamal ke suatu tempat. Kami semua tertanya-tanya apa yang akan kami lakukan disana. Rupa-rupanya, Dr. Jamal mahu meminta kami membantu beliau untuk menyiapkan sebuah gelanggang futsal di sebuah sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat Ibnu Abbas,Kampung Chendering,Kuantan. Pada awalnya kami semua agak teragak-agak dan tertanya-tanya adakah kami mampu untuk melakukan kerja terbabit. Tetapi,perasaan itu akhirnya lenyap begitu sahaja apabila semangat berpasukan telah berjaya ditonjolkan pada diri kami masing-masing. Setelah berhempas-pulas hampir 1 jam, akhirnya kerja-kerja itu telah berjaya disiapkan. Perasaan gembira dan terharu terlintas di benak hati kami semua. Selesai tugasan tersebut, kami dihidangkan oleh Dr. Jamal kuih-muih yang sedap-sedap belaka.Kami berjaya menyelamatkan wang saku kami sekali lagi..hehehe..walaupun tangan kami semua hancur,melecit,dan luka namun, memori ini tidak akan terlupus dari ingatan kami.

Pensyarah kami,Dr Jamal

Tekun molek demo boh..molek bena 2..

macam ni yg kami mahu..hehe

Tekun molek demo.haha

yeah!Beckham sempat lg posing..haha

Ajib,tidak mengalah untuk memecahkan batu2 itu

da biasa keje cmni kan..terbaik la Xin

go on sam!!!

Xin dengan caranya tersendiri

Senja menjelma,kerja pun hampir siap.Sekian

Wednesday, July 28, 2010
XPDC mendaki Gunung Datuk 12-14 Mac 2010
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dah lame rasanya ak x mengupdate blog aku nih.So sini ade la bnda ak nak share siket.Wlaupun dah lame berlalu,tp ak rse program mendaki Gunung Datuk,Rembau Negeri sembilan, memberi pengalaman yg cukup berharga bg ak dan kawan-kawan.Aktiviti trekking ini telah dijalankan pada sem 4 yg lpas iaitu pada 12-14 Mac 2010 yang lpas dan merupakan aktiviti wajib bg pelajar yang mengambil subjek Ko-q(Trekking)di Universiti Malaysia Pahang(UMP).Walaupun ketinggian gunung Datuk ini 870m/2900ft dari aras laut,tetapi permandangan di puncak gunung Datuk begitu indah sekali dengan batu-batu besar di puncak gunung dan memberi pengalaman berharga bagi pendaki.Program ini telah disertai 29 org pelajar disertai oleh seorng penasihat kami,En Saipun.Setelah mengadakan perbincangan sesama kami,berjaya jugak mnubuhkan organisasi untuk aktiviti trekking ini.Kami juga membahagikan tugas masing2 kepada peserta untuk membawa bekalan dan peralatan yang diperlukan.
PENASIHAT KELAB : ENCIK MOHD SAIPUN BIN MANSHOR
PENGARAH PROJEK : MUHAMMAD AZHAARI BIN ABD AZIZ
NAIB PENGARAH PROJEK : TUAN AZIAJULIANA BINTI TUAN MANSOR
BENDAHARI : NORSYAZWANI BINTI MOHD NASIRUDIN
SETIAUSAHA : NORHAZIRAH BINTI AHMAD
NAIB SETIAUSAHA : NOORHANA BINTI ZAMRI
AHLI JAWATANKUASA
KESELAMATAN DAN PENGANGKUTAN : MOHD FARIS BIN MAT DAUD, MOHD HANIF BIN MOHD ALI,NIK MOHD AKHIRUL AMIN BIN MOHAMAD
DISIPLIN DAN KEROHANIAN : WAN MOHD FAUZI BIN WAN RUSLI
NUR AIMI BINTI AHMAD
HUBUNGAN LUAR : MUHAMMAD AZHAARI BIN ABD AZIZ,MOHD NASRULDDIN BIN ABD LATIF
MAKANAN : JURIANI BINTI HASHIM, NUR SYAFIQAH BINTI AHMAD TERMIDI
KEBERSIHAN : AIESYAH BINTI GHAZALI, MOHD RAZIF
LOGISTIK : MOHD RAZIF BIN KAPRI @ KAFRI, WAN MOHD SYAHIR B WAN AHMAD
PELAKSANA : ZUR AIN BINTI MOHD NAWAWI, SAIFUL NIZAM BIN RAMLEE
Gambar-gambar kenangan pendakian Gunung Datuk ~

Bas yang kami naiki ke destinasi.Perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam untuk sampai ke Taman Rekreasi Gunung Datuk.

Puteri2 menyediakan makanan untuk makan malam

Ramai jgak putera masak air.Tapi ok la air teh o pun best kami buat.hehe

Fuh..ceria sgguh time sarapan.Kata x sabar nak daki gunung.haha

Pengarah program kami..Ari dgan penasihat,En Saipun.

Para peserta pendakian gunung Datuk.Chayok2~

Berwajah ceria sblum bermulanya pendakian.Yg takut2 pun ada.haha..ayuh~

Juriani and the geng sdang belajar seni tarian baru yang diajar En Saipun..hehe

Peserta bersemangat memulakan pendakian.Denai2 dan akar kayu smuanya ditempuhi mereka.

Kami berhenti rehat di Checkpoint yang pertama sambil menikmati udara segar pagi.

Tu dia..mcm Tok batin daa..terbaik ah anep.

Walaupun agak kepenatan,mereka masih lagi mampu mengukir senyuman.

Peace..mereka masih bersemangat untuk meneruskan pendakian.

Ulat gonggok,fauna yang kami jumpai di hutan Gunung Datuk ini.

Cuba teka apakah nama serangga ini?

Setelah hampir 2 jam perjalanan,akhirnya kami sampai di puncak Gunung Datuk.Penat seyh..sampai terlelap 2..haha

Horee..kami da sampai puncak!haha..terbaik!

Penulis bergambar kenangan bersama razif..haha(ayat sastera)=p

Permandangan puncak Gunung Datuk begitu mengagumkan dengan batu-batu besar tersergam indah.

Melepaskan letih setelah lebih 2 jam mendaki.Letih seyh~

Our trekking group twin tower.Ajib,fiq and Ari.

I'm back.Get down..get down..haha

Slay da bomb..melakukan aksi di puncak Gunung Datuk.

Syahir a.k.a foreigner pose with beautiful scene.

Don't be afraid of the space between your dreams and reality,If u can dream it,you can make it so.

Peserta-peserta ekspedisi mendaki Gunung Datuk bergambar kenangan sebelum bertolak pulang ke Universiti Malaysia Pahang.

Monday, February 8, 2010
welcome to my blog...
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua..harap2 sihat semua ya..
Alhamdulillah akhirnya dapat juga aku menghasilkan blog yg x sberapa ini..hehe..masih belajar lagi utk advance dalam blogging ni.Selamat datang kawan2ku ke blog ni.hehe2..aku rasa stakat ni je kot..lain kali r plak..k slamat blajar n good luck my friend..adios!
Friday, February 5, 2010
Subscribe to:
Comments (Atom)