Ahlan Wasahlan

Thanks For Visiting My Blog

Saturday, July 31, 2010

Larian amal UMP & gotong royong padang futsal sekolah

Pada tanggal 31 Julai hari sabtu,hari minggu yang kebiasaannya kami warga S43 hanya lepak rumah atau keluar outing,melakukan kerja amal disamping merehatkan minda setelah penat pelajar.Jadi hari ini,aku atau housemate panggil awey je,beckham,sam,ajib,in,syahir,daus,azizul,ari dan juga anep menyertai Larian amal Universiti Malaysia Pahang yg dianjurkan oleh kelab pemadam UMP.Tepat jam 9 pagi kami berkumpul di perkarangan blok W,mengenakan sarapan dengan sekeping roti dan seterusnya kami memulakan larian.Walaupun hanya sekitar 3.5 kilometer sahaja trek,larian ini amat bermakna bagi kami kerana bukan sekadar menderma,malah mengeratkan silaturrahim antara kami as The Oranje United dengan peserta-peserta lain.Diharapkan UMP dapat menganjurkan lebih banyak lagi program larian mahupun aktiviti lain untuk mencapai objektif yang tersendiri.


The Band of Brothers


Gembira setelah menamatkan larian amal..yahoo!!

Lompat UMP lompat!!


Setelah penat berlari pada waktu pagi,kami semua telah diundang oleh Dr. Jamal ke suatu tempat. Kami semua tertanya-tanya apa yang akan kami lakukan disana. Rupa-rupanya, Dr. Jamal mahu meminta kami membantu beliau untuk menyiapkan sebuah gelanggang futsal di sebuah sekolah iaitu Sekolah Agama Rakyat Ibnu Abbas,Kampung Chendering,Kuantan. Pada awalnya kami semua agak teragak-agak dan tertanya-tanya adakah kami mampu untuk melakukan kerja terbabit. Tetapi,perasaan itu akhirnya lenyap begitu sahaja apabila semangat berpasukan telah berjaya ditonjolkan pada diri kami masing-masing. Setelah berhempas-pulas hampir 1 jam, akhirnya kerja-kerja itu telah berjaya disiapkan. Perasaan gembira dan terharu terlintas di benak hati kami semua. Selesai tugasan tersebut, kami dihidangkan oleh Dr. Jamal kuih-muih yang sedap-sedap belaka.Kami berjaya menyelamatkan wang saku kami sekali lagi..hehehe..walaupun tangan kami semua hancur,melecit,dan luka namun, memori ini tidak akan terlupus dari ingatan kami.


Pensyarah kami,Dr Jamal


Tekun molek demo boh..molek bena 2..


macam ni yg kami mahu..hehe


Tekun molek demo.haha


yeah!Beckham sempat lg posing..haha


Ajib,tidak mengalah untuk memecahkan batu2 itu


da biasa keje cmni kan..terbaik la Xin


go on sam!!!





Xin dengan caranya tersendiri












Senja menjelma,kerja pun hampir siap.Sekian

No comments:

Post a Comment